Sunday, September 21, 2014

Selamat Datang Dunia Perniagaan Internet

Selamat datang ke blog baru. Saya pasti anda yang tiba disini adalah kerana mencari duit di internet. Semua orang hendak menjana pendapatan dan berniaga adalah jalan yang paling tepat kearah menjana pendapatan yang tidak ada hadnya. Malangnya tidak semua orang ada modal yang besar, masa yang banyak dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu ramai yang berpaling ke internet mencari jalan untuk menjana pendapatan tambahan dengan cara paling mudah.

Bagaimana kalau saya katakan yang saya telah temui perniagaan yang anda idamkan. Ianya mempunyai modal yang kecil, tidak memerlukan masa yang banyak dan maintenance yang rendah. Ianya juga adalah keperluan asas bagi setiap perniagaan. Jadi anda menjual sesuatu yang memang diperlukan didalam perniagaan dan juga kehidupan seharian.

Sesiapa yang mengatakan membuat perniagaan tanpa perlu cari orang itu adalah tipu. Setiap perniagaan perlu ada pelanggan yang terdiri dari manusia melainkan kalau binatang sudah pandai berjual beli tetapi apabila kita menjual sesuatu yang sudah menjadi keperluan asas perniagaan, ianya menjadi mudah.

Jawapannya akan saya bagi dalam post yang berikut. Sehingga bertemu di lain waktu.