Pengenalan Tone Excel

Tone Excel Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menceburi industri telekomunikasi mudah alih di Malaysia. Misi Tone Excel adalah untuk membantu setiap individu agar mencapai kebebasan daripada belenggu kewangan menerusi konsep pemasaran yang inovatif. Tone Excel menggabungkan pengalaman dan kepakaran daripada perkhidmatan insurans, pemasaran berangkaian dan kewangan untuk merumuskan saluran dan strategi baru, seterusnya meningkatkan pendapatan.



Tone Excel terletak dibawah Tune Talk  yang berada didalam Tune Group. Di dalam Tune Group terdapat beberapa syarikat besar seperti Tune Talk, Tune Money, Tune Insuran, Tune Sport, Tune Hotel dan Air Asia. Tone Excel mempunyai latar belakang yang kukuh dengan menjadi sebahagian dari Tune Group. 



Tune Talk menggunakan prasarana Celcom. Ini menjadikan Tone Excel mendapat liputan dan kemudahan Internet Jalur Lebar antara terbaik di negara ini. Dimana ada Celcom, disitu ada Tune Talk dan pastinya ada Tone Excel. 


Kita semua adalah pengguna telefon mudah alih dan kita semua membayar setiap bulan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Dengan program Tone Excel, kita boleh menjana pendapatan dari bayaran yang kita buat setiap bulan. Kalau sebelum ini anda hanya membayar sekarang anda boleh dibayar disamping faedah pengguna yang banyak. 


Pengguna Tone Excel akan menikmati banyak faedah yang tidak ada di telco lain. Antara faedah yang dinikmati adalah seperti berikut:
  • Anda boleh kekalkan nombor lama (Percuma)
  • Anda dapat bonus yang dikreditkan kedalam telefon anda setiap kali anda reload. Apabila anda reload RM30 anda akan dapat bonus RM10 menjadikannya RM40 dalam telefon anda. Apabila anda reload RM50 anda akan dapat bonus RM20 menjadikannya RM70 dalam telefon anda. 
  • Anda dapat cash back (3% - 7%) setiap kali anda reload. Cash back sebanyak 3% apabila anda reload dan 7% sekiranya anda menggunakan auto reload. Cash back ini akan dibayar dalam bentuk tunai dan dimasukkan kedalam akaun bank anda.
  • Anda boleh menikmati diskaun sehingga 30% apabila menginap di Tune Hotel. 
  • Anda dapat mengumpul Big Point setiap kali anda reload dan boleh ditukarkan kepada hadiah. Hadiah yang boleh ditukarkan termasuk telefon bimbit, tablet dan tiket kapal terbang Air Asia. 
  • Anda berpeluang menyertai cabutan bertuah setiap bulan. Terdapat berbagai cabutan bertuah dijalankan di Tone Excel. Sekiranya anda rajin boleh ke HQ Tone Excel dan menyertai cabutan bertuah setiap minggu. 
  • Perlindungan Insuran Kemalangan bernilai RM100,000.00 secara percuma apabila anda reload RM50 dan keatas sebulan. 
Pastinya kepada seorang pengguna, faedah yang disenaraikan diatas adalah yang terbaik. Dengan sokongan dari Tune Group, Tone Excel dapat memberikan faedah yang begitu banyak. Tidak ada telco lain yang memberi faedah seperti Tone Excel. Untuk maklumat lanjut sebagai pengguna Tone Excel boleh ke page Pengguna Tone Excel untuk penjelasan lanjut.

Sekiranya anda ingin membuat perniagaan Tone Excel, program ini menawarkan peluang untuk menjana pendapatan pasif. Perlu dinyatakan disini yang kita bukan jual top up, kita bukan jual insuran atau tiket kapal terbang. Kita jual sim kad Tone Excel dan mereka boleh top up dimana sekalipun kita akan tetap dapat komisyen.

Untuk perniagaan Tone Excel cuma ada 2 jenis komisyen sahaja. 

  • Bonus Penajaan RM20 seorang.
  • Top up komisyen bagi setiap orang di bawah kita yang top up. Komisyen sehingga 3 level sahaja tetapi tidak tidak ada had jumlah orang. 
Perniagaan Tone Excel boleh menjana pendapatan pasif yang berpanjangan. Selagi orang-orang dibawah anda top up telefon, selagi itulah ada akan mendapat komisyen. Sila ke page Perniagaan Tone Excel untuk maklumat lanjut.