Pengguna Tone Excel

Walau siapa pun kita, kita semua adalah pengguna. Di zaman teknologi ini semua orang dan perniagaan menggunakan telefon. Untuk menjadi seorang pengguna yang bijak, kita perlu kenalpasti kebaikan dan faedah dari produk yang kita guna dan langgan setiap bulan.

Tone Excel memberikan beberapa kebaikan dan faedah kepada pengguna. Faedah yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Anda boleh kekalkan nombor lama (Port in) ke Tone Excel. Anda juga boleh memilih nombor baru dari berjuta senarai mengikut selera anda. Semuanya secara percuma. 

2. Top Up Bonus. Tone Excel memberikan bonus setiap kali anda Top Up kredit telefon anda. Bonus yang diberikan adalah untuk top up RM30 dan RM50.
  • Apabila anda top up RM30 anda akan dapat bonus RM10 menjadikannya RM40. 
  • Apabila anda top up RM50 anda akan dapat bonus RM20 menjadikannya RM70.
Tidak kira berapa kali anda top up sebulan anda tetap dapat bonus tersebut. Contohnya apabila anda top up RM60 sebulan dalam pecahan RM30 X 2, anda akan mendapat RM80. Tambahan bonus sebanyak RM20 secara percuma apabila anda top up RM60. Satu penjimatan yang banyak.

3. Top Up Cash Back 3% atau 7%. Apabila anda top up walau dimana sekalipun, walau berapa kali pun anda akan dapat cash back 3%. 3% ini akan dimasukkan kedalam akaun bank anda apabila jumlahnya mencukupi RM20. Kalau anda menggunakan auto reload dari CIMB Clicks atau Paypal anda akan dapat cash back sebanyak 7%. Auto reload disini adalah apabila kredit telefon anda akan top up secara automatik apabila bakinya kurang dari RM10. Tak perlu susah payah cari top up sana sini, ianya akan top up secara automatik. Mudah kan?

4. Corporate Discount di Tune Hotel. Pengguna Tone Excel layak untuk mendapat diskaun apabila menginap di Tune Hotel sehingga 30%. Untuk menikmati keistimewaan ini, anda hendaklah membuat tempahan sekurang kurangnya 14 hari lebih awal dari tarikh menginap di HQ Tone Excel. Tempahan boleh dibuat melalui telefon. 

5. Top Up Point. Setiap kali top up, anda akan dapat point. Point ini tidak akan expire dan boleh dikumpulkan seberapa banyak yang boleh. Ianya boleh ditukarkan kepada barang-barang seperti tiket kapal terbang Air Asia, phone, tablet dan banyak lagi.

6. Cabutan bertuah. Kepada mereka yang selalu bertuah atau suka mengikuti cabutan bertuah, anda berpeluang menyertai cabutan bertuah setiap bulan. Dengan hanya top up sebanyak RM80 sebulan telah melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah bulanan. Sekiranya anda rajin, boleh ke HQ Tone Excel dan menyertai cabutan bertuah setiap minggu. Anda rasa bertuah?

7. Perlindungan Insuran Kemalangan bernilai RM100,000.00 secara percuma apabila anda reload RM50 dan keatas sebulan. Orang kata malang tidak berbau. Sekiranya kita ditimpa musibah, kita akan rasa lebih terjamin dengan perlindungan kemalangan sehingga RM100,000.00. 

Sebagai seorang pengguna, anda tidak boleh nafikan faedah-faedah yang diberikan oleh Tone Excel adalah yang terbaik di Malaysia. Kalau telco lain anda hanya bayar dan guna tetapi di Tone Excel anda dapat lebih banyak lagi. Sebab itu ada ramai pengguna yang hanya menggunakan Tone Excel dan tidak terlibat dalam perniagaannya. 

No comments:

Post a Comment