Monday, October 6, 2014

Pengguna Yang Bijak

Tidak dinafikan setiap dari kita adalah pengguna. Kita semua perlu kepada perkhidmatan dan produk yang banyak. Bermakna kita semua perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang kita perlukan cuma masalahnya ialah kuasa beli.

Kuasa beli adalah terhad dibandingkan dengan kehendak. Oleh itu kita perlu menjadi pengguna yang bijak. Pengguna yang bijak adalah mereka yang membuat perkiraan penggunaan dan pulangan. Memang kita perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan perkhidmatan tetapi sekiranya wang yang dikeluarkan boleh mendapatkan pulangan yang lebih besar maka ianya adalah lebih baik.

Di pasaran sekarang terdapat banyak pembekal yang memberikan pulangan kepada pelanggan. Bukan sahaja pelanggan dapat produk yang dibeli tetapi pembekal memberikan pulangan lain dalam bentuk point, cash back, diskaun dan banyak lagi. Pengguna yang bijak akan menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan pulangan yang maksima.

Banyak produk yang memberikan pulangan yang lebih tetapi satu sahaja yang memberikan pulangan yang maksima dan lebih lagi. Produk yang saya hendak perkenalkan adalah simkad Tone Excel dari Tune Talk. Semua orang menggunakan telefon. Kenapa tidak dapatkan pulangan maksima dari belanja telefon anda setiap bulan.

Kepada pengguna Tone Excel memberikan pulangan dalam bentuk top up bonus, cash back, sistem point yang boleh ditukar kepada barang dan cabutan bertuah setiap bulan. Begitu banyak pulangan dari perbelanjaan biasa yang kita buat setiap bulan iaitu top up telefon. Adakah anda pengguna bijak?

No comments:

Post a Comment